Ticket Hotline

Masih Sayang???


KALOU (depan) sekadar menjadi penyerang simpanan Chelsea di belakang Anelka dan Drogba.


LONDON – Sekalipun menjadi pilihan ketiga, Chelsea mahu Salomon Kalou terus berada di Stamford Bridge.

Penyerang berusia 24 tahun itu sekadar memanaskan bangku simpanan Chelsea musim ini apabila pengurus Carlo Ancelotti lebih memberi keperca- yaan kepada Didier Drogba dan Nicolas Anelka.

Ekoran itu, ejen Kalou, Jan de Visser mengakui, pemain Ivory Coast tersebut mungkin akan meninggalkan Chelsea jika tidak diberi banyak peluang beraksi dalam skuad utama The Blues musim ini.

Untuk rekod, Kalou telah menyumbang 30 gol sejak tiba dari Feyenoord pada 2006.

Sementara itu, kecederaan hernia yang dialami tonggak pertahanan kental, Alex masih membimbangkan Chelsea.

Pertahanan Brazil itu telah menjalani pembedahan selepas beraksi pada final Piala FA, Mei lepas, namun terlepas tiga perlawanan Liga Perdana England musim ini.

Arjen Robben Mangsa Terbaru Bidaan



LONDON – Manchester United bakal melakukan bidaan menjelang tarikh akhir perpindahan pemain dengan cubaan mendapatkan pemain sayap Real Madrid, Arjen Robben.

Real meletakkan harga £26 juta (RM149.5 juta) sebelum sedia melepaskan Robben, namun United dilaporkan mahu meminta pengurangan harga.

United akan memulakan proses bidaan dengan tawaran sekitar £11 juta (RM63.3 juta) tetapi nilai £15 juta (RM86.3 juta) dikatakan sudah memadai untuk membawa Robben ke Old Trafford.

Robben, 26, dilihat sebagai tenaga kreatif yang mampu untuk mengisi kekosongan ditinggalkan Cristiano Ronaldo yang menyertai Real musim ini.

Pemain antarabangsa Belanda itu hampir menyertai United daripada PSV Eindhoven pada 2004 ketika dia melawat padang latihan United.

Namun, Robben memilih untuk menyertai Chelsea sebelum berhijrah pula ke Real pada 2007.

Sementara itu, pengurus Liverpool, Rafael Benitez juga dilaporkan berminat dengan pemain sayap Real itu.

Benitez dikatakan sedang berusaha keras untuk menyekat hasrat United mendapatkan khidmat Robben.

Pengurus The Reds itu telah lama berminat ke atas Robben dan bersedia bersaing dengan pengurus United, Alex Ferguson dalam perebutan bagi mendapatkan pemain antarabangsa Belanda itu.

Benitez akan mengadakan perbincangan dengan pemiliknya itu untuk meminta dana pembelian hasil dari penjualan Xabi Alonso berjumlah £30 juta (RM172.8 juta) bagi membeli Robben.

N.Sembilan Jadi Tarikan

HAIRUDDIN membantu T-Team muncul naib
juara Liga Perdana
musim ini.



KETUA pasukan T-Team, Hairuddin Omar akan menyarung jersi Negeri Sembilan pada saingan Piala Malaysia 2009.

Hairuddin yang bakal menyambut hari jadi ke-30 pada 29 September depan berkata, dia memilih Negeri Sembilan kerana berasakan pasukan itu cukup mantap dan mampu memberi saingan.

“Lagipun Negeri Sembilan merupakan pasukan terawal yang menghubungi saya dan menyatakan minat untuk mengambil saya sebagai pemain pinjaman.

“Saya hargai minat mereka dan atas sebab itu saya memilih Negeri Sembilan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Selepas berjaya membawa T-Team muncul naib juara Liga Perdana musim ini, nama Hairuddin begitu laris malah telah dikaitkan untuk menjadi pemain pinjaman dengan beberapa pasukan yang bersaing dalam Piala Malaysia antaranya Johor FC, Pahang dan juga Perlis.

Namun keputusannya untuk menyarung jersi Negeri Sembilan bakal menyaksikan Hairuddin berdepan pasukan lamanya, Terengganu dalam saingan Kumpulan B yang turut disertai Johor dan Sarawak.

“Mungkin kumpulan ini boleh dianggap kumpulan maut berbanding empat kumpulan yang lain. Tapi saya yakin Negeri Sembilan boleh,” katanya.

Harimau Muda Berjalan Sambil Berlajar


KIM SWEE (dua dari kiri) mahu anak buahnya menimba pengalaman apabila mengadakan perlawanan
persahabatan di Slovakia nanti.


SKUAD bola sepak bawah 20 tahun (B-20) kebangsaan, Harimau Muda akan terbang ke Slovakia Isnin depan bagi menjalani latihan dan perlawanan persahabatan sepanjang kunjungan selama 18 hari ke negara Eropah itu.

Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee berkata, barisan 26 pemain muda negara itu bakal menghadapi lima perlawanan persahabatan termasuk menentang skuad B-20 Slovakia.

“Mengikut jadual, kita akan berada di sana bermula 1 hingga 18 September. Kita akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan tiga skuad B-20 kelab-kelab profesional Slovakia, satu perlawanan dengan skuad B-20 kelab profesional Hungary dan pada perlawanan terakhir kita akan bertemu skuad B-20 Slovakia.

“Saya anggap ini peluang terbaik untuk pemain-pemain muda kita mengutip pengalaman bertemu pasukan dari Eropah yang sama usia dengan pemain kita. Sudah tentu peluang bertemu pasukan kuat seperti ini tidak patut dilepaskan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Skuad Harimau Muda mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya mempamerkan aksi cemerlang untuk muncul juara Liga Perdana musim ini, mengetepikan 12 pasukan lain termasuk lima pasukan negeri iaitu Johor, Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak dan Melaka.

Menurut Kim Swee, daripada senarai 26 pemain tersebut, 21 pemain adalah daripada skuad Harimau Muda manakala lima lagi pemain iaitu Khairul Izzuwan Shaari, Wan Zaharulnizam Zakaria, Mohammad Amer Saidin, Mohd Alif Fadhil Ismail dan Nicholas Wee Sheng Ming daripada skuad B-18 kebangsaan.

“Kita tidak dapat bawa enam lagi pemain Harimau Muda kerana mereka kini bersama skuad B-23 kebangsaan di bawah kendalian K. Rajagobal iaitu K. Gurusamy, Ahmad Shakir Md. Ali, Muslim Ahmad, Mahali Jasuli, Fandi Othman dan Faizal Muhammad,” ujarnya.

Kim Swee turut memberitahu, skuad Harimau Muda akan mengadakan satu perlawanan persahabatan menentang KL Plus di Padang Wisma FAM, Kelana Jaya, Sabtu ini.

“Selepas pulang dari Slovakia nanti, kita akan berehat beberapa hari untuk menyambut Hari Raya dan kembali berlatih selepas itu kerana skuad Harimau Muda akan menghadapi Kejohanan Jemputan Piala Newspaper 2009 di Vietnam bermula 8 Oktober depan.

“Saya juga perlu mempersiapkan skuad B-18 kebangsaan untuk menghadapi pusingan kelayakan Kejuaraan B-19 Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) 2010 di China pada November depan,” ujarnya.

Jangan Tersungkur Lagi



LONDON – Satu lagi kekalahan bakal memusnahkan terus impian Liverpool untuk menjulang trofi Liga Perdana England musim ini.

Itu amaran daripada pemain tengah Liverpool, Yossi Benayoun kepada rakan sepasukannya ekoran kekalahan 1-3 kepada Aston Villa di Anfield awal pagi Selasa lalu.

“Kami masih berasakan yang kami boleh memenangi kejuaraan liga tetapi mungkin jika kami tidak lagi mengalami kekalahan lagi sehingga penghujung musim,” kata Benayoun.

Kekalahan kepada Villa itu merupakan kali pertama Liverpool tewas di gelanggang sendiri untuk saingan liga bagi tempoh hampir dua tahun.

Namun, dua kekalahan yang dialami Liverpool ketika saingan liga baru bermula tiga perlawanan pastinya merencatkan misi skuad The Reds itu bagi menjulang trofi liga musim ini.

“Kami tidak jangka akan tewas. Kami tidak bermain seperti biasa. Tewas dua daripada tiga perlawanan sesuatu yang jarang berlaku pada kami.

“Kami kini perlu menunjukkan yang kami masih sebuah pasukan yang kuat,” jelas Benayoun.

Premier League Fixtures 02/08/09

HOME AWAY
FELDA UTD MLN MELAKA
K.PORT MLN T-TEAM
PROTON FC MLN JOHOR
PP SDM FC MLN SARAWAK
H.MUDA MLN K.LUMPUR
SABAH MLN ATM

Premier League 2009 Results 02/08/09

HOME AWAY RESULT
FELDA UTD MELAKA 1 0
K.PORT T-TEAM 1 1
PEROTON FC JOHOR 0 2
PP SDM FC SARAWAK 0 5
H.MUDA K.LUMPUR 2 1
SABAH ATM 1 1

Premier League 2009 Results 29/07/09

HOME AWAY RESULT
T-TEAM SABAH 2 0

Super League Fixtures 01/08/09

HOME AWAY
KEDAH MLN P.PINANG
N.SEMBILAN MLN TERENGGANU
JOHOR FC MLN KELANTAN
PERLIS MLN PDRM
KL PLUS FC MLN KM NAZA
PERAK MLN MY TEAM

Super League 2009 Results 01/08/09

HOME AWAY RESULT
KEDAH P.PINANG 1 0
N.SEMBILAN TERENGGANU 1 1
JOHOR FC KELANTAN 2 1
PERLIS PDRM 2 1
KL PLUS FC KM NAZA 5 0
PERAK MY TEAM 1 1

« Previous PageNext Page »

Ticket Hotline