Masih Sayang???

LONDON – Sekalipun menjadi pilihan ketiga, Chelsea mahu Salomon Kalou terus berada di Stamford Bridge.
Penyerang berusia 24 tahun itu sekadar memanaskan bangku simpanan Chelsea musim ini apabila pengurus Carlo Ancelotti lebih memberi keperca- yaan kepada Didier Drogba dan Nicolas Anelka.
Ekoran itu, ejen Kalou, Jan de Visser mengakui, pemain Ivory Coast tersebut mungkin akan meninggalkan Chelsea jika tidak diberi banyak peluang beraksi dalam skuad utama The Blues musim ini.
Untuk rekod, Kalou telah menyumbang 30 gol sejak tiba dari Feyenoord pada 2006.
Sementara itu, kecederaan hernia yang dialami tonggak pertahanan kental, Alex masih membimbangkan Chelsea.
Pertahanan Brazil itu telah menjalani pembedahan selepas beraksi pada final Piala FA, Mei lepas, namun terlepas tiga perlawanan Liga Perdana England musim ini.
Arjen Robben Mangsa Terbaru Bidaan
![]() |
LONDON – Manchester United bakal melakukan bidaan menjelang tarikh akhir perpindahan pemain dengan cubaan mendapatkan pemain sayap Real Madrid, Arjen Robben.
Real meletakkan harga £26 juta (RM149.5 juta) sebelum sedia melepaskan Robben, namun United dilaporkan mahu meminta pengurangan harga.
United akan memulakan proses bidaan dengan tawaran sekitar £11 juta (RM63.3 juta) tetapi nilai £15 juta (RM86.3 juta) dikatakan sudah memadai untuk membawa Robben ke Old Trafford.
Robben, 26, dilihat sebagai tenaga kreatif yang mampu untuk mengisi kekosongan ditinggalkan Cristiano Ronaldo yang menyertai Real musim ini.
Pemain antarabangsa Belanda itu hampir menyertai United daripada PSV Eindhoven pada 2004 ketika dia melawat padang latihan United.
Namun, Robben memilih untuk menyertai Chelsea sebelum berhijrah pula ke Real pada 2007.
Sementara itu, pengurus Liverpool, Rafael Benitez juga dilaporkan berminat dengan pemain sayap Real itu.
Benitez dikatakan sedang berusaha keras untuk menyekat hasrat United mendapatkan khidmat Robben.
Pengurus The Reds itu telah lama berminat ke atas Robben dan bersedia bersaing dengan pengurus United, Alex Ferguson dalam perebutan bagi mendapatkan pemain antarabangsa Belanda itu.
Benitez akan mengadakan perbincangan dengan pemiliknya itu untuk meminta dana pembelian hasil dari penjualan Xabi Alonso berjumlah £30 juta (RM172.8 juta) bagi membeli Robben.
N.Sembilan Jadi Tarikan
![]() |
|
HAIRUDDIN membantu T-Team muncul naib
juara Liga Perdana musim ini. |
KETUA pasukan T-Team, Hairuddin Omar akan menyarung jersi Negeri Sembilan pada saingan Piala Malaysia 2009.
Hairuddin yang bakal menyambut hari jadi ke-30 pada 29 September depan berkata, dia memilih Negeri Sembilan kerana berasakan pasukan itu cukup mantap dan mampu memberi saingan.
“Lagipun Negeri Sembilan merupakan pasukan terawal yang menghubungi saya dan menyatakan minat untuk mengambil saya sebagai pemain pinjaman.
“Saya hargai minat mereka dan atas sebab itu saya memilih Negeri Sembilan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Selepas berjaya membawa T-Team muncul naib juara Liga Perdana musim ini, nama Hairuddin begitu laris malah telah dikaitkan untuk menjadi pemain pinjaman dengan beberapa pasukan yang bersaing dalam Piala Malaysia antaranya Johor FC, Pahang dan juga Perlis.
Namun keputusannya untuk menyarung jersi Negeri Sembilan bakal menyaksikan Hairuddin berdepan pasukan lamanya, Terengganu dalam saingan Kumpulan B yang turut disertai Johor dan Sarawak.
“Mungkin kumpulan ini boleh dianggap kumpulan maut berbanding empat kumpulan yang lain. Tapi saya yakin Negeri Sembilan boleh,” katanya.
Harimau Muda Berjalan Sambil Berlajar

persahabatan di Slovakia nanti.
SKUAD bola sepak bawah 20 tahun (B-20) kebangsaan, Harimau Muda akan terbang ke Slovakia Isnin depan bagi menjalani latihan dan perlawanan persahabatan sepanjang kunjungan selama 18 hari ke negara Eropah itu.
Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee berkata, barisan 26 pemain muda negara itu bakal menghadapi lima perlawanan persahabatan termasuk menentang skuad B-20 Slovakia.
“Mengikut jadual, kita akan berada di sana bermula 1 hingga 18 September. Kita akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan tiga skuad B-20 kelab-kelab profesional Slovakia, satu perlawanan dengan skuad B-20 kelab profesional Hungary dan pada perlawanan terakhir kita akan bertemu skuad B-20 Slovakia.
“Saya anggap ini peluang terbaik untuk pemain-pemain muda kita mengutip pengalaman bertemu pasukan dari Eropah yang sama usia dengan pemain kita. Sudah tentu peluang bertemu pasukan kuat seperti ini tidak patut dilepaskan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Skuad Harimau Muda mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya mempamerkan aksi cemerlang untuk muncul juara Liga Perdana musim ini, mengetepikan 12 pasukan lain termasuk lima pasukan negeri iaitu Johor, Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak dan Melaka.
Menurut Kim Swee, daripada senarai 26 pemain tersebut, 21 pemain adalah daripada skuad Harimau Muda manakala lima lagi pemain iaitu Khairul Izzuwan Shaari, Wan Zaharulnizam Zakaria, Mohammad Amer Saidin, Mohd Alif Fadhil Ismail dan Nicholas Wee Sheng Ming daripada skuad B-18 kebangsaan.
“Kita tidak dapat bawa enam lagi pemain Harimau Muda kerana mereka kini bersama skuad B-23 kebangsaan di bawah kendalian K. Rajagobal iaitu K. Gurusamy, Ahmad Shakir Md. Ali, Muslim Ahmad, Mahali Jasuli, Fandi Othman dan Faizal Muhammad,” ujarnya.
Kim Swee turut memberitahu, skuad Harimau Muda akan mengadakan satu perlawanan persahabatan menentang KL Plus di Padang Wisma FAM, Kelana Jaya, Sabtu ini.
“Selepas pulang dari Slovakia nanti, kita akan berehat beberapa hari untuk menyambut Hari Raya dan kembali berlatih selepas itu kerana skuad Harimau Muda akan menghadapi Kejohanan Jemputan Piala Newspaper 2009 di Vietnam bermula 8 Oktober depan.
“Saya juga perlu mempersiapkan skuad B-18 kebangsaan untuk menghadapi pusingan kelayakan Kejuaraan B-19 Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) 2010 di China pada November depan,” ujarnya.
Jangan Tersungkur Lagi

LONDON – Satu lagi kekalahan bakal memusnahkan terus impian Liverpool untuk menjulang trofi Liga Perdana England musim ini.
Itu amaran daripada pemain tengah Liverpool, Yossi Benayoun kepada rakan sepasukannya ekoran kekalahan 1-3 kepada Aston Villa di Anfield awal pagi Selasa lalu.
“Kami masih berasakan yang kami boleh memenangi kejuaraan liga tetapi mungkin jika kami tidak lagi mengalami kekalahan lagi sehingga penghujung musim,” kata Benayoun.
Kekalahan kepada Villa itu merupakan kali pertama Liverpool tewas di gelanggang sendiri untuk saingan liga bagi tempoh hampir dua tahun.
Namun, dua kekalahan yang dialami Liverpool ketika saingan liga baru bermula tiga perlawanan pastinya merencatkan misi skuad The Reds itu bagi menjulang trofi liga musim ini.
“Kami tidak jangka akan tewas. Kami tidak bermain seperti biasa. Tewas dua daripada tiga perlawanan sesuatu yang jarang berlaku pada kami.
“Kami kini perlu menunjukkan yang kami masih sebuah pasukan yang kuat,” jelas Benayoun.
Jangan Terlalu yakin: Wenger

LONDON – Pengurus Arsenal, Arsene Wenger tidak mahu anak- anak buahnya tampil terlalu yakin apabila melayan kunjungan Celtic pada perlawanan kedua playoff Liga Juara-Juara di Emirates awal pagi esok.
Arsenal dilihat sudah berada sebelah kaki untuk melayakkan diri ke saingan peringkat kumpulan selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Celtic di Park- head minggu lalu.
Aksi hebat The Gunners di Scotland itu bermakna mereka tidak perlu bersusah payah untuk menang pada perlawanan kedua ini.
Keputusan seri atau tewas dengan defisit satu gol sudah cukup untuk memastikan skuad The Gunners itu ke saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim ini.
Namun, tatkala Wenger gembira dengan kedudukan tersebut, pengurus Arsenal itu tetap percaya Celtic tidak akan terus mengalah tanpa memberi tentangan.
“Kedudukan ini masih belum selamat, kami sedar tentang itu. Kami berpengalaman menghadapi perlawanan yang cukup genting.
“Kami tahu tugas ini perlu diselesaikan tetapi kami tetap pada kedudukan yang agak selesa. Keputusan akhir hanya dapat ditentukan berdasarkan cara kami bermain pada perlawanan kedua ini nanti,” kata Wenger.
Kemenangan selesa ke atas Everton dan Portsmouth dalam saingan Liga Perdana England sebelum ini telah membuktikan kualiti yang dimiliki Arsenal dan pastinya satu kekecewaan besar andai Celtic berjaya memadam defisit dua gol milik mereka.
Perak Semakin Resah Menjelang Piala Malaysia
PERAK resah menjelang saingan Piala Malaysia yang dijadualkan bermula 26 September depan.
Barisan pertahanan mereka goyah dan ia terus menghadirkan kebimbangan kepada jurulatihnya, M. Karathu.
Karathu mengakui, Perak kekurangan pemain pertahanan berwibawa dan kelemahan tersebut telah terbukti pada saingan liga sebelum ini.
Menurutnya, keadaan itu telah menyebabkan pertahanan skuad Seladang kurang sempurna.
“Kecederaan yang berpanjangan dialami oleh beberapa pemain pertahanan utama menyebabkan saya terpaksa mencari pemain lain bagi menggantikan mereka,” jelas Karathu.
Beliau juga mengakui, Perak sedang mengintai tiga pemain pasukan T-Team Terengganu dan Proton FC dalam usaha memperkukuhkan benteng pertahanannya.
Karathu mengesahkan, Safuan Aidil Shaari dan Azrul Hazram Amaluddin Baki dari T-Team sedang menjadi perhatiannya.
Bagaimanapun katanya, Perak perlu menunggu pelepasan daripada Persatuan Bola sepak Terengganu (PBSNT) untuk mendapatkan kedua-dua pemain berkenaan.
Selain itu, beliau turut mengharapkan untuk mendapatkan khidmat ketua pasukan Proton FC, Mohd. Hazrul Shah Zainal Abidin.
Pada saingan Piala Malaysia, Perak diletakkan dalam Kumpulan C bersama-sama Johor FC, UPB-My Team dan Kuala Lumpur.
Mengulas kedudukan Perak, jurulatih itu mengakui, Perak perlu bekerja keras untuk merebut tempat ke suku akhir.
“Tiga pasukan lain dalam kumpulan ini mempunyai kelebihan tersendiri dan Perak perlu berhati-hati apabila berdepan dengan mereka,” ujar Karathu.
Liverpool Kecundang Lagi

LONDON – Liverpool hilang sengat.
Rentak sumbang terus mengiringi pasukan gergasi Inggeris itu ketika Liga Perdana England musim 2009/10 masih berada pada awal persaingan.
Reputasi pasukan itu selaku kelab elit gagal diterjemahkan dengan baik.
Aksi di gelanggang sendiri ternyata bukan kelebihan kepada mereka, seperti juga yang berlaku pada musim lalu.
Dua kekalahan Liverpool dalam tiga aksi awal memang mengecewakan pengurus The Reds, Rafael Benitez.
Semalam, mereka diperbudakkan oleh Aston Villa apabila tewas 1-3 pada aksi yang berlangsung di Anfield.
Kekalahan itu mengundang kekecewaan dan Benitez secara terbuka membidas prestasi hambar anak-anak buahnya, sekali gus menyukarkan peluang Liverpool memburu kejuaraan liga musim ini.
Untuk rekod, Liverpool hanya tewas dua kali ketika mereka muncul naib juara liga musim lalu.
“Lucas telah menjaringkan gol sendiri dan (Steven) Gerrard pula memberikan penalti kepada lawan. Jadi setiap pemain perlu membuat analisis terhadap banyak perkara.
“Saya keluarkan Lucas bukan kerana dia beraksi teruk berbanding pemain lain. Saya hanya mahu mengubah keadaan dengan membawa masuk pemain penyerang.
“Kami melakukan banyak kesilapan dan pemain senior pula tidak menggunakan pengalaman yang ada pada mereka,” kata Benitez.
Selepas Lucas tertanduk masuk bola ke gawang sendiri pada minit ke-34, Curtis Davies menambah derita tuan rumah apabila menjaringkan gol kedua Villa pada penghujung babak pertama hasil daripada sepakan sudut.
Penyerang Liverpool, Fernando Torres berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-72 tetapi dua minit kemudian, Gerrard telah menjatuhkan Nigel Reo-Coker dalam kotak penalti.
Ashley Young menyudahkan sepakan penalti itu untuk gol ketiga Villa.
“Kami telah pun tewas dan kami perlu mempertingkatkan prestasi selepas ini,” tegas Benitez
Saya Setia: Vidic

LONDON – Nemanja Vidic berjanji akan membuktikan komitmennya bersama Manchester United dengan menampilkan persembahan terbaik musim ini.
Minggu lalu, penasihat kepada pemain Serbia itu, Paolo Fabbri mengesahkan bahawa Vidic bersedia untuk menyertai kelab gergasi Sepanyol, Barcelona.
Berita itu menghadirkan desas-desus hangat di Old Trafford berdasarkan status Vidic sebagai salah seorang pertahanan terbaik di Eropah sejak dia menyertai United tiga tahun lalu.
Spekulasi bertambah hangat apabila isteri Vidic juga dilaporkan kurang gembira berada di England.
Namun Vidic menegaskan, fokusnya kini hanya untuk memastikan United berjaya mempertahankan kejuaraan musim lalu.
“Saya tidak pernah mengatakan apa-apa mengenai Barcelona, Real Madrid, AC Milan atau mana-mana kelab.
“Saya tidak pernah bercakap mengenai masa depan saya. Jadi saya tidak tahu kenapa seseorang berbuat demikian.
“Saya telah menunjukkan komitmen saya pada aksi bertemu Wigan dan saya gembira berada bersama kelab ini,” kata Vidic.
Kemenangan besar 5-0 ke atas Wigan pada kempen Liga Perdana England, Sabtu lalu merupakan aksi pertama Vidic selepas dia pulih daripada kecederaan buku lali.
“Saya tidak mahu ia memberi kesan. Saya akan terus memberikan komitmen saya di sini. Adalah tidak benar isteri saya tidak gembira di England.
“Saya tidak tahu bagaimana khabar angin itu timbul,” jelasnya
Rooney Mahu Jadi Pemusnah Kepada Kelab Lain
LONDON – Penyerang sensasi Manchester United, Wayne Rooney mahu meneruskan watak ‘garangnya’ di depan gawang lawan.
Dia berazam mahu tampil sebagai penggempur paling digeruni dalam Liga Perdana England.
Selepas membantu United mencatat kemenangan 1-0 ke atas Birmingham City pada aksi pembuka tirai Liga Perdana England Ahad lalu, Rooney bertekad untuk terus merobek gawang lawan.
Musim ini, Rooney yang tidak lagi dibantu Cristiano Ronaldo dan Carlos Tevez, mahu menjadikan Burnley sebagai mangsa kedua apabila kedua-dua pasukan berentap awal pagi esok.
Andai juara bertahan itu mahu terus membuktikan mereka masih mampu beraksi baik tanpa kelibat Ronaldo dan Tevez, skuad United perlu bekerja keras bagi membuktikan bahawa The Red Devils masih pasukan yang digeruni tanpa kelibat dua bintang ternama dunia tersebut.
Bagaimanapun, bagi Rooney, dia bersedia menyahut cabaran itu dan percaya inilah masanya untuk United memandang ke hada- pan tanpa menoleh ke belakang lagi.
“Memang kami telah kehilangan dua pemain bertaraf dunia tetapi kami tidak boleh menganggapnya sebagai satu kehilangan.
“Sebaliknya, United perlu bekerja keras untuk mempertahankan reputasi sebagai juara liga,” jelas Rooney yang telah menjaringkan 99 gol dalam kariernya pada Ahad lalu.
“Kami beraksi cemerlang ketika bertemu Birmingham tetapi banyak lagi yang perlu kami perbaiki. Ini baru perlawanan pertama dalam liga dan selalunya memang sukar.”

