Ticket Hotline

Amukan Samba Julang Piala Konfederasi 2009

JOHANNESBURG – Juara bertahan, Brazil membuktikan mereka sudah bersedia untuk merampas Piala Dunia.
Kelmarin, skuad kendalian Dunga itu mempamerkan kebangkitan luar biasa pada babak kedua permainan untuk menewaskan Amerika Syarikat 3-2 pada perlawanan akhir Piala Konfederasi 2009.

Pada babak pertama, Brazil dikejutkan dengan dua gol awal Amerika yang dijaringkan oleh Clint Dempsey dan Landon Donovan.

Begitupun, kekebalan pertahanan dan kekentalan penjaga gol Amerika Syarikat, Tim Howard akhirnya dirobek Brazil apabila Luis Fabiano menjaringkan dua gol pada minit ke-46 dan 74 sebelum Lucio melengkapkan kemenangan pada minit ke-84.

“Walaupun ketinggalan 0-2, kami tetap yakin untuk bangkit. Kami berbincang pada waktu rehat untuk menyekat bahagian sayap mereka dan terus berusaha mencari gol.

“Kami berjaya melakukannya. dan kami memang bertekad untuk muncul juara.

“Memang sukar apabila ketinggalan 0-2. Tapi jika memiliki pemain yang komited dan tahap profesionalisme yang tinggi, kita berpeluang melakukannya,” kata Dunga.


PEMAIN Brazil meraikan kejayaan mereka selepas muncul juara Piala Konfederasi 2009 kelmarin.


Pada aksi kumpulan sebelum ini, Brazil mudah menewaskan Amerika Syarikat 3-0 tetapi perkara yang sama tidak diperoleh ketika berdepan anak-anak buah Bob Bradley itu kelmarin.

“Perasaan saya bercampur-campur. Ada rasa cukup kecewa tetapi dalam masa yang sama bangga dengan kemampuan pemain saya.

“Sukar untuk menerima kekalahan ini selepas kita berjaya mendahului 2-0. Perkara yang paling mengecewakan ialah kami melepaskan gol pertama Brazil ketika permainan babak kedua baru saja bermula. Ia telah menjejaskan rentak kami,” kata Bradley. – Reuters

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

Ticket Hotline