Tuah Belang Harimau Muda

SKUAD bawah 19 tahun negara atau Harimau Muda akan ditaja oleh Majlis Sukan Negara (MSN) selama setahun.
Langkah itu adalah untuk memastikan skuad tersebut mendapat perhatian lebih serius dalam usaha mengembalikan kegemilangan bola sepak negara.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penajaan itu termasuk dari aspek perlawanan pendedahan terutama di luar negara, gaji pemain dan pegawai, soko- ngan sains sukan, penempatan di MSN dan sebagainya yang akan diperhalusi kelak.
“Skuad ini akan lebih kerap menjalani latihan di luar negara untuk tempoh masa yang panjang bermula di Croatia (sekurang-kurangnya sebulan) selepas mereka menamatkan saingan dalam Liga Perdana nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani perjanjian kerjasama Pengenda- lian Pengurusan Pasukan Harimau Muda antara Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong dan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad di Bukit Jalil semalam.
Ismail Sabri berkata, KBS melalui MSN akan memberikan pendedahan yang secukupnya kepada pemain-pemain skuad ini kerana dalam jangka masa terdekat mereka akan mewakili pasukan kebangsaan.
![]() |
|
AZZUDDIN (kiri) bertukar dokumen dengan Zolkples sambil disaksikan Ismail Sabri di Dewan Komanwel, MSN, Bukit Jalil semalam.
|
Beliau bagaimanapun berkata, jumlah perbelanjaan yang diperuntukkan masih belum diputuskan kerana MSN dan FAM masih lagi dalam proses merangka program penuh untuk skuad itu dan dijangka siap dalam masa terdekat.
Mengenai keperluan untuk mendapatkan jurulatih asing bagi skuad itu, Ismail Sabri memberitahu, ia akan dibincangkan dan jika perlu MSN bersedia untuk berbelanja bagi mendapat khidmat tenaga luar terbabit.
“Cuma yang saya harapkan mereka dapat mempamerkan kejayaan dalam apa jua kejoha- nan yang disertai dan biarlah kita bermula dengan sasaran untuk berjaya di Sukan SEA terlebih dahulu sebelum kejohanan-kejohanan lebih besar,” katanya.
Sementara itu, Azzuddin berkata, sebilangan pemain skuad Harimau Muda akan dipanggil untuk mewakili skuad kebangsaan pada Sukan SEA Laos penghujung tahun ini bersama-sama lapan pemain senior berumur bawah 23 tahun.
“Bola sepak kini menjadi agenda nasional dan kerjasama dengan beberapa kementerian seperti KBS dan Kementerian Pelajaran telah pun bermula bagi merancakkan pembangunan pada peringkat akar umbi,” katanya.
Skuad Harimau Muda kini bersaing dalam Liga Perdana dan mempamerkan persembahan meyakinkan.
Skuad terdiri daripada 30 pemain itu dikendalikan oleh ketua jurulatih, K. Rajagopal dan seorang penolong jurulatih, Tan Cheng Hoe dan jurulatih penjaga gol, Mohd. Faozi Mukh- las.
