Perlawanan Pembalasan – Wenger

LONDIN – Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mahu anak-anak buahnya mempamerkan corak permainan menyerang apabila turun berdepan Manchester United pada aksi Liga Perdana England, Sabtu ini.
Ini kerana, Wenger mahu membalas dendam ekoran kekalahan agregat 1-4 mereka kepada United pada separuh akhir Liga Juara-Juara musim lepas.
Namun kali ini, Arsenal akan berkunjung ke Old Trafford dengan rekod bersih empat kemenangan berturut-turut termasuk menjamin slot ke Liga Juara- Juara dengan kemenangan 3-1 ke atas Celtic awal pagi semalam.
“Dalam Liga Juara-Juara, kami beraksi terlalu pasif tetapi dalam liga, kami lebih banyak menyerang. Ia lebih kepada mental daripada taktikal,” kata Wenger.
“Saya gembira untuk beraksi di sana (Old Trafford) kerana ia adalah pertemuan penting, satu ujian besar. Kami pasti mahu mempunyai tahap keyakinan yang tinggi apabila beraksi di sana.
“Menewaskan Celtic adalah satu cara terbaik untuk melakukan persiapan. Kami sungguh teratur dan nampak hebat ketika menyerang dan menjaringkan gol.
“Namun, kami masih perlu memperbaiki prestasi dan mahu menunjukkan yang kami banyak meningkat sejak kebelakangan ini apabila turun berdepan Manchester United nanti.”
Dalam pada itu, Wenger akan memberi peluang kepada kapten, Cesc Fabregas membuktikan kecergasannya pada saat- saat akhir sebelum dia dibenarkan beraksi di Old Trafford.
Robin van Persie dan Andrey Arshavin yang masuk sebagai pemain gantian pada aksi menentang Celtic mungkin akan kembali berada dalam kesebelasan utama Arsenal.
“Kami perlu pulihkan semula kecergasan kami kerana United tidak bermain pertengahan minggu ini,” kata Wenger.
UEFA Harus Pertimbangkan
![]() |
LONDON – Pemain Celtic mendesak Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) menghukum penyerang Arsenal, Eduardo (gambar) yang dianggap sebagai penipu.
Eduardo dilihat sengaja menjatuhkan badan untuk mendapatkan sepakan penalti ketika Arsenal menang 3-1 dalam aksi penentuan kedua Liga Juara-Juara di Emirates awal pagi semalam.
“Jika ia jelas dilihat dalam rakaman televisyen, UEFA perlu mengambil tindakan ke atas Eduardo dan menghukumnya,” kata bintang Celtic, Massimo Donati.
“Saya rasa dia sepatutnya digantung dua perlawanan. Ia bukan kesalahan penalti.
“Eduardo tidak berkata apa-apa apabila saya tanya mengenai insiden itu. Dia hanya meletakkan jarinya ke bibir. Tidak bagus apabila seorang pemain melaku- kannya.
“Lebih baik kamu jujur dalam hidup kamu tetapi se- setengah orang tidak seperti itu.”
Pengurus Arsenal, Arsene Wenger pula berkata: “Saya percaya ia bukan penalti tetapi saya tidak pasti sama ada penjaga gol Celtic (Artur Boruc) menyentuh Eduardo dengan lutut kanannya atau tidak.”
Jangan Terlalu yakin: Wenger

LONDON – Pengurus Arsenal, Arsene Wenger tidak mahu anak- anak buahnya tampil terlalu yakin apabila melayan kunjungan Celtic pada perlawanan kedua playoff Liga Juara-Juara di Emirates awal pagi esok.
Arsenal dilihat sudah berada sebelah kaki untuk melayakkan diri ke saingan peringkat kumpulan selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Celtic di Park- head minggu lalu.
Aksi hebat The Gunners di Scotland itu bermakna mereka tidak perlu bersusah payah untuk menang pada perlawanan kedua ini.
Keputusan seri atau tewas dengan defisit satu gol sudah cukup untuk memastikan skuad The Gunners itu ke saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim ini.
Namun, tatkala Wenger gembira dengan kedudukan tersebut, pengurus Arsenal itu tetap percaya Celtic tidak akan terus mengalah tanpa memberi tentangan.
“Kedudukan ini masih belum selamat, kami sedar tentang itu. Kami berpengalaman menghadapi perlawanan yang cukup genting.
“Kami tahu tugas ini perlu diselesaikan tetapi kami tetap pada kedudukan yang agak selesa. Keputusan akhir hanya dapat ditentukan berdasarkan cara kami bermain pada perlawanan kedua ini nanti,” kata Wenger.
Kemenangan selesa ke atas Everton dan Portsmouth dalam saingan Liga Perdana England sebelum ini telah membuktikan kualiti yang dimiliki Arsenal dan pastinya satu kekecewaan besar andai Celtic berjaya memadam defisit dua gol milik mereka.
Fabregas tidak kekal?

LONDON – Penjaga gol Arsenal, Manuel Almunia mengakui kelab The Gunners bakal kehilangan khidmat Cesc Fabregas suatu hari nanti.
Menurut Almunia, situasi itu mungkin berlaku jika Fabregas sudah merasai kejayaan bersama The Gunners.
Pada musim perpindahan ini, Arsenal telah kehilangan dua pemain seniornya iaitu Emmanuel Adebayor dan Kolo Toure yang masing-masing berhijrah ke Manchester City.
Adebayor mengakui, penghijrahannya ke City bukan disebabkan gaji besar, sebaliknya berpunca daripada kegagalan Arsenal meraih sebarang kejuaraan sejak empat musim lalu.
Almunia juga mengakui, pemergian Toure pula adalah disebabkan rasa bosan pemain itu di Emirates selepas tujuh tahun menyarung jersi Arsenal.
“Berkenaan dengan Cesc (Fabregas), dia sebenarnya mahu berhijrah tetapi merasakan masih berhutang budi dengan kelab ini,” kata Almunia.
“Kami dapat menjangkakan Cesc akan memberi aksi terbaiknya musim ini bagi membantu Arsenal memenangi sebarang kejuaraan.
“Selepas itu, dia akan melakukan apa yang ingin dilakukan termasuklah berhijrah ke kelab lain.”
Sebelum ini, Fabregas telah menerima beberapa tawaran lumayan daripada kelab-kelab gergasi Eropah termasuk Barcelona dan Real Madrid
Arsenal Dalam Bahaya..

PERPINDAHAN Toure ke City meneruskan corak bintang Arsenal hilang sabar dengan kekurangan cabaran serius untuk kejuaraan.
LONDON: Hanya lima tahun selepas dijulang sebagai pasukan bola sepak kebal Inggeris, Arsenal kini dalam bahaya dilucutkan kedudukannya itu kepada pencabar kerdil dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL).
Gambaran Patrick Vieira dengan bangganya menjulang trofi EPL pada akhir musim 2003-04 sepatutnya menjadi permulaan tempoh panjang dominasi skuad bimbingan Arsene Wenger.
Sebaliknya, The Gunners hanya menang satu kejuaraan – Piala FA 2005 – sejak itu dan tidak seorang pun daripada pasukan terkuat Arsenal itu yang melalui 38 perlawanan tanpa kalah pada 2004, masih bersama kelab itu.
Pemain terakhir meninggalkan kelab itu ialah pertahanan Ivory Coast, Kolo Toure, yang menerima tawaran lumayan Manchester City selepas bosan dengan kehidupan di kelab yang tampak terbantut.
Perpindahan Toure ke City meneruskan corak bintang Arsenal hilang sabar dengan kekurangan cabaran serius untuk kejuaraan, tetapi Wenger menegaskan situasi itu tidak seburuk seperti kelihatan.
“Saya berpendapat bahawa apa yang diterima di Arsenal ialah untuk memenangi Liga Juara-juara dan EPL. Sebarang keputusan berlawanan dianggap satu bencana,” kata Wenger.
“Keseluruhannya, keputusan kami tahun lalu tidak seburuk seperti orang sangkakan, tidak dalam cara kami bermain bola sepak kami.
“Kami tidak memenangi trofi, dan sudah tentu ia amat mendukacitakan, tetapi penilaian keseluruhan musim di anggap negatif kerana kami tidak memenangi trofi dalam tahun-tahun sebelumnya,”
Arsenal Penentu Kemenangan Man U
![]() |
|
TEVEZ (kiri) menjaringkan gol pertama United ketika menewaskan Wigan pada aksi Liga Perdana England kelmarin.
|
![]() |
|
|
WIGAN – Pengurus Manchester United, Alex Ferguson memberi amaran kepada pemainnya agar berwaspada apabila bertemu Arsenal dalam saingan Liga Perdana England esok.
Kelmarin, skuad Red Devils itu meraih tiga mata berharga selepas bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Wigan 2-1.
Kemenangan itu meletakkan United pada kedudukan terbaik dan hanya memerlukan satu mata daripada dua perlawanan terakhir untuk mengesahkan kejuaraan liga buat musim ketiga berturut-turut.
Biarpun ramai beranggapan United sudah boleh meraikan kejuaraan itu malam esok, Ferguson tetap mahu anak buahnya fokus menghadapi Arsenal sebelum menamatkan musim ini dengan menentang Hull City pada aksi terakhir 24 Mei depan.
“Kami akan hadapi perlawanan ini (menentang Arsenal) sama seperti kami hadapi mereka sebelum ini. Kami akan cuba meme- nangi perlawanan ini dengan menurunkan barisan terkuat kami,” jelas Ferguson yang mahu menghadiahkan gelaran ke-18 buat kelab itu.
“Kami tahu sejauh mana hebatnya mereka dan kami perlu bersiap sedia serta mempamerkan persembahan terbaik Sabtu ini (esok) dan diharap kami mampu melakukannya,” kata Ferguson.
Pada perlawanan kelmarin, Wigan mengejutkan United apabila mendahului menerusi jaringan Hugo Rodallega pada minit ke-28 selepas pertahanan United, Nemanja Vidic gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.
Namun, sentuhan menarik daripada penyerang gantian United, Carlos Tevez pada minit ke-61 dan rembatan Michael Carrick pada minit ke-87 memastikan tiga mata penuh buat pasukan pelawat itu.
“Kami berdepan pasukan Wigan yang bersungguh-sungguh tetapi kami berjaya mempamerkan aksi menakjubkan pada separuh masa kedua.”
“Permain Muda Pilihan Saya”-Wenger
LONDON – Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menegaskan, dia tidak perlu melakukan perubahan besar-besaran hujung musim ini.
Sebaliknya, Wenger akan tetap dengan polisinya mempertaruhkan barisan pemain muda pada saingan musim depan.
“Kami ada skuad yang dibarisi pemain pada usia purata 22 tahun, mengapa perlu kami buat perubahan?
“Itu satu cara yang bodoh dan tidak bertanggungjawab. Saya masih percaya apabila kami ada tanggungjawab, kami perlu membuat keputusan dengan mempertahankannya.
“Saya tidak fikir pasukan lain juga memerlukan pelaburan yang besar,” jelas Wenger.
Penyerang Arsenal, Robin van Persie pula mendesak kelabnya supaya mengekalkan pemain bintang mereka pada musim panas ini.
Jelas van Persie, ia mengelak perpindahan secara besar-besaran pemain Arsenal sebagaimana musim-musim sebelum ini.
“Perkara utama bagi saya ialah kami semua kekal bersama,” kata van Persie.
“Jika kami hilang tiga atau empat pemain setiap tahun, amat sukar untuk membentuk semula semangat pasukan ini. Saya berharap kami semua boleh kekal di sini dan memulakannya sekali lagi.
“Jika kami boleh memberi saingan seperti tahun ini, maka masih ada ruang untuk meningkat. Pemain perancang kami baru berusia di antara 20 hingga 22 tahun.”
Arsenal Tidak Gentar Berdepan Villarreal
![]() |
|
FABREGAS (atas) kembali pulih daripada masalah kecederaan.
|
LONDON – Pengurus Arsenal, Arsene Wenger pasti berasa yakin bagi menghadapi aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Villarreal di Stadium Emirates awal pagi esok.
Keputusan seri 1-1 pada aksi pertama di Stadium Madrigal minggu lalu menjadikan Arsenal sebagai pasukan pilihan untuk ke separuh akhir berdepan sama ada Manchester United atau FC Porto.
Lima kemenangan berturut-turut dalam saingan liga domestik menambah lagi keyakinan Arsenal ketika berdepan Villarreal nanti.
Ia ditambah dengan kembalinya kapten, Cesc Fabregas yang pulih daripada kecederaan, sekali gus memberi impak positif buat Arsenal memulakan aksi awal pagi esok.
“Kami telah menjaringkan gol di tempat lawan. Ia pasti akan menjadi bekalan yang cukup penting pada akhir perlawanan nanti.
“Saya tak yakin kami akan jadi pasukan yang hanya mahu bermain untuk seri tanpa jaringan, ia bukan cara kami. Jika permainan tinggal lima minit dan kedudukan masih 0-0, pasti ia lebih menakutkan kami.
“Secara peribadi saya tak jangka sebarang kelemahan pada pasukan lawan. Jadi kami ada kelebihan di tempat sendiri, gunakannya untuk melangkah ke separuh akhir,” kata Wenger.
Jelas beliau, kepulangan Fabregas juga pastinya memberikan kekuatan di bahagian tengah dan kehadiran perancang Sepanyol itu dianggap tepat pada masanya.
“Dia (Fabregas) kelihatan lebih kuat dan semakin kuat dari satu perlawanan ke satu perlawanan,” katanya.



