Ticket Hotline

Super League Fixtures 28/07/09

HOME AWAY
TERENGGANU MLN P.PINANG

Super League Fixtures 25/07/09

HOME AWAY
SELANGOR MLN PAHANG

Milik Siapa Gelaran Liga Super


KAPTEN Selangor, Amri Yahyah (kanan) bersaing dengan dua pemain UPB-My Team pada aksi Liga Super kelmarin.


HANYA Perlis dan Selangor berpeluang untuk muncul juara Liga Super musim 2009.

Itu andaian kasar kerana saingan liga masih ada tiga perlawanan lagi untuk diharungi sebelum melabuhkan tirainya.

Setakat ini, Selangor masih memimpin kedudukan liga dengan 54 mata diikuti Perlis yang menduduki tempat kedua dengan 52 mata.

Malam kelmarin, kedua-dua pasukan menang ke atas lawan masing-masing.

Selangor menewaskan UPB- MyTeam 4-1 sementara Perlis mengecewakan Johor FC 1-0.

Pasukan di tangga ketiga, Kelantan sudah mengumpul 43 mata dan mereka tidak mampu untuk memintas dua pasukan teratas.

Kedah pula yang menduduki tangga keempat dengan baki empat perlawanan mampu mengumpul 54 mata maksimum jika menang baki empat perlawanan itu tetapi dilihat memiliki peluang tipis.

Ini kerana Selangor pasti tidak menghadapi masalah memungut mata penuh apabila bertemu Kuala Muda Naza malam esok diikuti PDRM dan Pahang.

Begitu juga Perlis yang pasti dapat mengutip mata ketika berdepan Perak malam esok serta KL Plus dan PDRM.

Siapa pun juara, sama ada Selangor atau Perlis, kedua-dua pasukan pasti akan menjadi wakil negara ke Piala AFC 2010 yang dipilih berdasarkan juara Liga Super 2009 dan juara Piala FA 2009 yang sudah pun dimenangi Selangor.

Persoalan siapa yang bakal muncul juara Liga Super 2009 hanya terletak di tangan Selangor dan Perlis sendiri kerana mana-mana pasukan yang tercicir mata pada baki tiga aksi ini pasti kempunan bergelar juara.

Selangor belum pernah merasai nikmat selaku juara Liga Super sejak ia diperkenalkan pada 2004 manakala Perlis pernah menjuarainya pada musim 2005.

Sementara itu, bagi perebutan tangga tercorot Liga Super pula, pasukan di tangga ke-14, PDRM sudah sah akan beraksi dalam Liga Perdana musim depan.

Dengan hanya memiliki tiga mata, PDRM sudah tidak mampu mengatasi dua pasukan di atas mereka iaitu Pulau Pinang (18 mata) dan Pahang (14 mata).

Lantas, hanya satu lagi slot selamat iaitu kedudukan tangga ke-12 masih menjadi rebutan antara Pulau Pinang dan Pahang.

Pada baki tiga perlawanan, Pulau Pinang akan bertemu Kelantan, Terengganu dan Kedah manakala Pahang akan bertemu Terengganu, Perak dan Selangor.

Jika Pahang gagal mengelak daripada kedudukan kedua tercorot Liga Super musim ini, mereka akan mencipta sejarah tersendiri untuk buat kali pertamanya tersingkir ke saingan Liga Perdana musim depan.

Itu pun jika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak mengubah format liga.

Selangor Rampas Tahta Liga Super


PENYERANG KL Plus, Fadzli Saari (kiri) diasak pertahanan Pulau Pinang pada aksi di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang malam tadi.




SELANGOR kembali merampas tangga teratas Liga Super daripada Perlis selepas menewaskan Johor FC 4-1 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Selangor memperoleh gol pertama seawal minit ke-12 setelah pertahanan Johor FC, M. Sivakumar tertolak masuk bola ke gawang sendiri ketika cuba menampan sepakan R. Surendren.

Johor FC menyamakan kedudukan pada minit ke-40 menerusi sepakan penalti Eddy Helmi Manan setelah pertahanan Selangor, Nasriq Baharom menjatuhkan Faris Ideris.

Nasriq menebus kesilapan pada minit ke-48 apabila rembatan kencangnya melepasi jangkauan penjaga gol lawan untuk gol kedua Selangor.

Selepas itu, Surendren mempamerkan kehebatannya apabila meledak dua gol dalam tempoh dua minit pada minit ke-67 dan 69 untuk membolehkan Selangor selesa mendahului 4-1 dan kedudukan tersebut kekal sehingga wisel penamat.

Pada aksi di Stadium Perak, Ipoh, Perak mengejutkan Negeri Sembilan dengan kemenangan 2-0.

Kedua-dua gol Perak dijaringkan oleh penyerang berbisanya, Razali Umar Kandasamy.

Pada perlawanan lain menyaksikan Kelantan membelasah Polis Diraja Malaysia (PDRM) 4-0 di Kota Bharu, sementara KL Plus menewaskan Pulau Pinang 3-1.

Perlawanan antara Terengganu dengan KM Naza ditangguh- kan pada minit ke-39 ekoran hujan lebat. Kedudukan ketika itu terikat tanpa jaringan.

Kelantan, Terengganu dan Perak Menang


PEMAIN Terengganu, Abd Manaf Mamat (kanan) berebut bola dengan pemain Johor FC, Md Nurul Azuwan Roya pada saingan Liga Super di di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi. Terengganu menang 3-2.
Hajat Kedah catat tiga mata tidak kesampaian tewas 1-0 kepada Perak

PERAK meraih kemenangan semangat bagi menamatkan badi lima kekalahan berturut-turut untuk bangkit bagi mengaibkan pasukan di tangga keempat, Kedah 1-0, keputusan yang nyata melegakan jurulatih M Karathu.

Kata-kata semangat di bilik persalinan, nyata membangkitkan semangat pemain Perak apabila berjaya berada di depan pada minit ke-47 menerusi gol Razali Umar Kandasamy.

Dia yang tidak dikawal, berjaya mencuri bola daripada kaki Mohd Sabri Md Abu sehingga memaksa penjaga gol Kedah, Md Helmi Eliza Alias, meninggalkan gawang. Tapi Razali bijak menguis bola ke gawang.

Walaupun corak permainan anak buah Azrai Khor Abdullah lebih tersusun, barisan Perak kental bertahan sehingga wisel penamat. Keputusan itu menyaksikan Kedah kekal di tangga keempat Liga Super dengan 31 mata dan Perak mengumpul 23 mata.

Di Stadium Sultan Mizan, Terengganu yang disuntik semangat selepas mengaibkan Perlis, Sabtu lalu, menjadikan Johor FC sasaran mereka apabila menundukkan pelawat 3-2.

Terengganu bermula garang dan gol yang dinanti hadir pada minit ke-32 apabila Ashaari Shamsudin yang menerima hantaran daripada Manaf Mamat, meledakkan bola ke gawang menggunakan kaki kirinya, menewaskan penjaga gol Johor FC, G Jeevanathan.

Kegirangan tuan rumah tersentak menjelang tamat separuh masa apabila Eddy Helmi Abdul Manan, yang tidak dikawal, mudah menewaskan penjaga gol Terengganu, Md Shabinee Allawee pada minit ke-36.

Ashari bermain cemerlang malam tadi untuk mencatatkan hatrik menerusi jaringan pada minit ke-56 dan 90, manakala gol kedua Johor FC dijaringkan Md Azizan Baba pada minit ke-68.

Di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kelantan menghapuskan badi lima kekalahan berturut-turut apabila menewaskan KL Plus 1-0 hasil jaringan Zairul Fitri pada minit ke-35 bagi mencatat kemenangan pertama di ‘rumah baru’ mereka selepas dilarang beraksi di Stadium Sultan Mohd IV.

Mahukan Kemenangan Sebagai Hadiah Hari Jadi


RUDIE (kiri) berazam membantu Selangor membenam Pulau Pinang pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam malam esok.




TIADA apa yang lebih manis buat Rudie Ramli sempena hari ulang tahunnya ke-27 hari ini selain dapat membantu Selangor mencatat kemenangan ke atas Pulau Pinang pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam malam esok.

Kelibat Rudie yang dilihat semakin bertenaga sejak kebela- kangan ini pastinya mengundang resah di kalangan pemain lain.

Setakat ini, dia telah meledak tiga gol pada kempen Liga Super serta satu gol dalam Piala FA.

Kini, penyerang Selangor itu berhajat menambah jumlah jaringannya musim ini apabila bertemu Pulau Pinang malam esok, sekali gus meraih hadiah bermakna sempena hari ulang tahunnya.

“Memang saya harap Selangor akan menang perlawanan ini dan lebih bermakna jika saya dapat menjaringkan gol sebagai hadiah hari jadi.

“Saya dan rakan-rakan akan bermain bersungguh-sungguh. Kami cuba untuk tidak memandang mudah kerana Pulau Pinang hanya kalah tipis 1-2 kepada Kedah, Selasa lalu dan sebelum itu mereka menewaskan Perak 1-0,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Rudie dijangka terus bergandingan dengan Safee Sali malam esok tetapi barisan tengah Selangor bakal mengalami sedikit perubahan setelah Hardi Jaafar digantung satu perlawa- nan kerana mengumpul tiga kad kuning.

Bagi Rudie, tiga perlawanan Liga Super sepanjang bulan ini bakal menjadi penentu kedudu- kan Selangor untuk terus berada di kelompok teratas.

“Kita akan dua kali bertemu Pulau Pinang, Sabtu (esok) di tempat sendiri dan Selasa di tempat lawan. Kemudian Sabtu depan kita bertemu Kedah pula di tempat sendiri.

“Jadi, kami akan berusaha untuk mencatat kemenangan pada ketiga-tiga perlawanan ini kerana ia penting untuk memastikan kita tidak dipintas Kedah, Kelantan atau Negeri Sembilan dan dalam masa yang sama cuba memintas Perlis di tangga teratas,” jelas- nya.

Menurut Rudie, dia akan menyambut hari jadinya hari ini bersama isteri dan dua orang anak mereka. Yang sulung, Qistina akan genap lima tahun Ahad ini manakala kedua, Raziq baru berusia tiga bulan.

Skuad Kenari Makin Menganas


PEMAIN Kedah meraikan kejayaan menewaskan Pulau Pinang pada aksi Liga Super di Stadium Batu Kawan kelmarin.




KEJAYAAN Kedah menewaskan Pulau Pinang 2-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Batu Kawan kelmarin boleh dianggap satu amaran kepada pasukan lain dalam Liga Super.

Kemenangan itu yang membawa skuad Kenari ke kedudukan ketiga liga dengan dipisahkan lima mata daripada pendahulu, pastinya memberikan saingan sengit kepada pasukan lain seperti Negeri Sembilan, Kelantan dan Selangor.

Tanggapan awal pengkritik bahawa Kedah gagal untuk mengekalkan gelaran Liga Super mungkin boleh dihentikan.

Menurut pengendali pasukan Hijau Kuning itu, Mohd. Azraai Khor Abdullah, berkat kesabaran dan usaha pemain dan barisan jurulatih, pasukan berkenaan kembali berada di kelompok terbaik ketika ini.

“Kritikan yang dilempar sebelum ini telah mendorong pemain untuk berusaha lebih keras bagi memenangi setiap perlawanan termasuk saingan malam tadi (kelmarin).

“Saya meminta pemain mengekalkan momentum kemenangan ini sehingga Kedah muncul sebagai juara liga,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Jelasnya, mengenai perlawanan itu pula, pasukannya telah menghadapi cabaran sengit daripada pasukan lawan.

“Tiga mata ini cukup bermakna buat kami apabila berjaya merampas kedudukan ketiga.

“Usaha kami selepas ini adalah untuk terus mengejar pasukan di atas dan berharap momentum kemenangan ini dapat dikekalkan,” katanya.

Pada aksi kelmarin, Kedah memperoleh dua gol menerusi Mohd Khyril Muhayameen Zambri dan Mohd. Azrul Ahmad.

Super League Fixtures 16/05/09

HOME AWAY
KEDAH MLN PERAK
SELANGOR MLN P.PINANG
N.SEMBILAN MLN PAHANG
JOHOR FC MLN TERENGGANU
PERLIS MLN KELANTAN
KL PLUS MLN PDRM
MY TEAM MLN KM NAZA

“Trofi Liga Super Sasaran Ke dua Kami”


PEMAIN Selangor meraikan kejayaan mereka muncul juara Piala FA selepas menewaskan Kelantan pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil Sabtu lalu.




TEMPOH untuk pemain Selangor meraikan kejayaan menjulang Piala FA Sabtu lalu berakhir hari ini.

Mereka akan kembali menjalani latihan di Padang SUK, Shah Alam petang ini sebagai persiapan menghadapi perlawanan Liga Super menentang Terengganu di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Pengurus pasukan, Zakaria Ab. Rahim berkata, setelah berjaya menjuarai Piala FA, sasaran seterusnya adalah untuk menjuarai Liga Super yang masih belum pernah dilakukan Selangor sejak ia diperkenalkan pada 2004.

“Kita tidak mahu meraikan kejayaan menjuarai Piala FA ini terlalu lama kerana kita masih ada lagi tugas dalam saingan Liga Super.

“Soal ganjaran juga sudah dijanjikan, pemain jangan fikirkan sangat. Menteri Besar dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) akan menguruskannya.

“Jadi tugas pemain kini hanyalah fokus kepada pertemuan dengan Terengganu Sabtu ini. Kita mesti menang untuk menebus kekalahan 1-2 di Kuala Terengganu pada 31 Mac lalu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Hanya empat pasukan yang pernah merasai nikmat menjulang trofi Liga Super iaitu Pahang (2004), Perlis (2005), Negeri Sembilan (2006) dan Kedah (2007 & 2008).

Jelas Zakaria, pemain juga telah diberi rehat selama dua hari untuk meraikan kejayaan menewaskan Kelantan pada perlawanan akhir itu selain dapat berehat di samping keluarga masing-masing.

“Sasaran untuk lima perlawanan Liga Super sepanjang Mei ini ialah kita mahu mencatat 15 mata maksimum menewaskan Terengganu, Pahang, Pulau Pinang (dua kali pertemuan) dan Kedah.

“Yang penting kita tidak akan bertemu Kelantan lagi dalam Liga Super dan sudah tentu mereka tidak dapat membalas dendam kekalahan pada final Sabtu lalu.

“Saya juga berharap penyokong Selangor terus memenuhi stadium tak kiralah kita lawan pasukan mana,” ujarnya.

NS Cuba Rebut Takhta Liga Super

PEMAIN tengah Negeri Sembilan, Shukor Adan menyifatkan kemenangan 2-1 ke atas Kelantan di Kota Bharu, Selasa lalu sebagai bukti pasukan itu masih berada dalam saingan merebut kejuaraan Liga Super musim ini.

Kapten skuad kebangsaan itu turut menyifatkan kematangan pemain muda pasukannya mengharungi tekanan beraksi di Kota Bharu sebagai faktor utama penyumbang kemenangan penting kelmarin.

“Ia adalah kemenangan penting buat kami kerana kini kami kembali berada di kelompok empat pasukan teratas, sekali gus membuktikan Negeri Sembilan masih mampu mencabar.

“Bagi saya, pujian harus juga diberikan kepada pemain muda kami kerana bukan mudah untuk berdepan Kelantan di tempat mereka yang dibanjiri penyokong fanatik.

“Tetapi semua pemain muda kami tidak menghampakan apabila tetap mampu beraksi dengan tenang walaupun beberapa kali berdepan provokasi penyokong lawan dan ini adalah kemenangan yang akan menyuntik semula semangat kami,” kata Shukor.

Namun, dia berharap rakan sepasukannya mampu mengekalkan aksi konsisten selepas ini memandang jurang antara lima pasukan teratas liga kini tidak begitu jauh.

Shukor mahu rakan sepasukannya menganggap setiap perlawanan adalah penting kerana keputusannya mampu menentukan kedudukan lima pasukan teratas di penghujung musim.

“Saingan musim ini begitu sengit sehingga tidak banyak perbezaan di antara lima pasukan teratas. Oleh itu, kami perlu mengekalkan tahap permainan konsisten selepas ini.

“Kami tidak boleh lagi memandang mudah setiap perlawanan selepas ini dan kami juga harus mengutip sebanyak mata yang boleh selepas ini jika benar-benar mahu menjulang kejuaraan liga, ” katanya lagi.

Next Page »

Ticket Hotline