Ticket Hotline

Piala Malaysia 2011

 

Jadual Perlawanan Peringkat Kumpulan:

  • Pusingan Pertama: 6, 10 dan 13 September
  • Pusingan Kedua: 17, 24 dan 27 September

 

Jadual Suku Akhir :

Suku Akhir Pertama(10 Oktober 2011)

  • Selangor vs Perak  (Stadium Shah Alam, Selangor)
  • KL Felda United vs Negeri Sembilan  (Stadium MP Selayang)
  • Terengganu Vs Kelantan  (Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT)
  • Sabah Vs Terengganu PBDKT/T-Team  ( Stadium  Likas, Kota Kinabalu)

Suku Akhir Kedua(14 Oktober 2011)

  • Perak Vs Selangor  (Stadium Perak, Ipoh)
  • Negeri Sembilan vs KL Felda United (Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi))
  • Kelantan Vs Terengganu  (Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu)
  • Terengganu PBDKT/T-Team Vs Sabah  ( Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT)

 

Jadual Separuh Akhir Pertama(18 Oktober 2011):

  • Selangor Vs Terengganu (Stadium Shah Alam, Selangor)
  • Terengganu PBDKT/T-Team Vs Negeri Sembilan ( Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT)

Jadual Separuh Akhir Kedua(22 Oktober 2011):

  •  Terengganu Vs Selangor  (Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT)
  • Negeri Sembilan vs Terengganu PBDKT/T-Team (Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi)

 

Jadual Perlawanan Akhir: 29 Oktober 2011

 

Kuala Muda Naza Cuba Intai Peluang

UMPAMA mimpi indah, penyerang, Akmal Rizal Rakhli tidak mahukan perjalanan dalam kempen Piala Malaysia buat dirinya dan rakan sepasukan di Kuala Muda Naza berakhir di tangan Negeri Sembilan pada peringkat suku akhir.

Selepas menjaringkan gol kemenangan pada detik-detik terakhir untuk melayakkan diri ke suku akhir menerusi kejayaan dramatik 3-2 ke atas bekas pasukannya, Selangor pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan, bekas peledak kebangsaan mahu meneruskan persembahan menakjubkan itu ke atas Negeri Sembilan.

“Kalau mengikut pengurusan, pasukan ini sudah melepasi sasaran, tetapi kami (pemain) mahu pergi lebih jauh.

“Melihatkan reputasi Negeri Sembilan yang memenangi semua perlawanan mereka untuk muncul juara kumpulan, sememangnya mereka adalah pilihan, tetapi kami akan berusaha habis-habisan berdepan mereka,” katanya.

Sungguhpun dianggap sudah melepasi tarikh luputnya, Akmal dilihat seperti mahu membuktikan sesuatu kepada mereka yang menafikan kelibatnya yang pernah mewarnai pentas antarabangsa suatu ketika dulu.

“Sudah tentu saya masih menyimpan cita-cita menyarung jersi kebangsaan, tetapi ia semua bergantung kepada jurulatih. Jurulatih sudah tentu mempunyai pilihannya sendiri. Apa yang saya mampu lakukan adalah untuk terus kekal cergas dan menampilkan persembahan terbaik di atas padang,” katanya yang menjaringkan tiga gol setakat ini dalam kempen Piala Malaysia.

Lupakan Berbulan Madu

PENGANTIN baru, Khalid Jamlus, boleh melupakan hasrat untuk berbulan madu lebih lama, kerana khidmatnya ditagih skuad Kelantan yang mahu menurunkan kesebelasan terkuat bagi menghadapi KL Plus pada saingan suku akhir pertama Piala Malaysia, malam ini.

Penyerang utama skuad The Red Warrios itu hampir pasti beraksi dengan inai yang masih merah di jari selepas jurulatih, B Sathianathan, tidak mahu menanggung risiko ketika anak buahnya berarak ke ibu kota menentang KL Plus yang dianggap lawan sukar diduga itu.

Selain Khalid, Kelantan yang bakal turun dengan corak menyerang sudah pasti mempertaruhkan harapan kepada tiga lagi penggempur berbisanya, Mohd Nor Farhan, Che Hishamuddin Hassan dan kapten pasukannya yang kini di kemuncak prestasi, Indra Putra Mahayuddin.

“Kami akan bermain dengan berorientasikan serangan,” kata Sathia semalam. “Oleh itu, Khalid akan tetap diturunkan, tetapi saya perlu melihat tahap kecergasannya terlebih dahulu dan jika tidak memuaskan, saya mempunyai pilihan menggantikannya dengan penyerang muda, Nizad Ayub.”

Kelmarin, Khalid melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya, Zarina Zakaria, 29, di Klang Selangor dan tidak menyertai latihan bersama rakan sepasukannya sejak beberapa hari lalu.

Sathia yang baru sebulan mengambil alih tugas daripada jurulatih berbangsa Inggeris, Peter Butler, turut menafikan skuad bimbingannya akan mengamalkan corak bertahan dan mensasarkan keputusan seri sebagai bekalan sebelum perlawanan kedua di Kota Bharu, Sabtu ini.

“Kekuatan Kelantan selama ini adalah di posisi serangan, jadi kami akan bermain seperti biasa dan cuba untuk memperoleh keputusan positif,” katanya.

Bekas pengendali skuad kebangsaan itu juga sudah mengarahkan anak buahnya supaya berwaspada kerana berdasarkan prestasi terkini, KL Plus bukan lagi pasukan boleh diambil mudah.

Beliau menamakan penyerang lawan, Mohd Lot Abu Hassan dan pertahanan kebangsaan, Norhafiz Zamani Misbah sebagai individu yang boleh mengecewakan impian anak buahnya jika tidak diawasi.

“KL Plus mempamerkan persembahan berbeza berbanding Liga Super selepas mendapatkan beberapa pemain secara pinjaman. Kami menghormati kemampuan mereka tetapi pemain tidak perlu takut dan bermain seperti biasa,” katanya.

Negeri Sembilan Buru Gol


Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak

AYAM tambatan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, bukan sekadar mahu membantu pasukannya menang tapi mahukan kelebihan jaringan selesa dalam saingan suku akhir pertama Piala Malaysia menentang Kuala Muda Naza, di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam ini.

Menurutnya, usaha mendapat bekalan yang selesa amat penting dalam memastikan misi mara ke saingan separuh akhir tidak terjejas.

“Dengan kelebihan bermain di halaman sendiri, misi kami bukan saja perlu menang tetapi perlu mendapatkan bekalan gol yang selesa kerana saingan suku akhir kedua pasti sukar apabila bermain di halaman lawan.

“Apa lagi kami pernah tewas kepada pasukan itu dalam aksi di Stadium Darulaman pada saingan Liga Super sebelum ini,” katanya.

Tonggak barisan depan Negeri Sembilan itu berazam untuk menjadi penyumbang utama bagi skuadnya mendapatkan kelebihan gol selepas dia tidak dapat melakukan jaringan dalam dua aksi terakhir peringkat kumpulan iaitu menentang Sarawak dan Terengganu.

Mohd Zaquan yang kini mengumpul enam gol, berharap persembahannya malam ini menjadi kerana sedar harapan yang disandarkan ke bahunya.

“Memang rasa terkilan tidak dapat menjaringkan gol dalam dua perlawanan terakhir kumpulan dan sebab itu saya berazam tidak akan mensesiakan peluang untuk menjaringkan gol,” katanya.

Dia turut berharap rakan sepasukannya dapat meneruskan rentak persembahan terbaik bagi menjamin kemenangan yang diharapkan.

Wan Jamak Nafi Kekuatan Negeri Sembilan Menurun

EKALIPUN sekadar mencatat kemenangan tipis 1-0 berbanding pada perlawanan pertama dengan jaringan besar, 8-0, Negeri Sembilan tetap berpuas hati kerana sasaran untuk membawa pulang tiga mata tercapai – sekali gus mengesahkan tempat ke suku akhir Piala Malaysia.

Malah jaringan tipis ke atas Sarawak yang sudah terkeluar lebih awal dari saingan lapan pasukan itu juga bukan petanda kekuatan Negeri Sembilan sudah menurun, kerana sasaran sebenar mereka hanyalah untuk mendapatkan mata kemenangan.

Jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan, berkata beliau tetap berpuas hati dengan persembahan pemain sekalipun sekadar mencatat kemenangan tipis kerana apa yang penting adalah kemenangan dan mengesahkan tempat ke suku akhir.

Katanya, fokusnya kini adalah untuk melengkapkan pusingan kedua menentang Terengganu di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam esok dengan kemenangan sebelum menyusun strategi terbaik bagi saingan suku akhir yang lebih mencabar.

“Walaupun misi layak ke suku akhir Piala Malaysia sudah tercapai, Negeri Sembilan perlu mengekalkan persembahan cemerlang dalam perlawanan terakhir kumpulan menentang Terengganu, Selasa ini (malam esok), kerana kemenangan itu penting sebagai sebahagian daripada faktor meningkatkan lagi keyakinan diri pemain.

“Apa lagi ia beraksi di gelanggang sendiri yang seharusnya pemain dapat menunjukkan satu persembahan membanggakan bagi membuktikan reputasi pasukan yang terus cemerlang dengan lima kemenangan berturut-turut,” katanya semalam.

Kedah Mengharapkan Keajaiban


PEMAIN Kedah, Azrul Ahmad (kanan) berebut bola dengan pemain Kelantan, Rosairil Asrol pada aksi Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, Alor Setar kelmarin.




DI atas kertas, laluan Kedah untuk ke mara suku akhir sangat tipis.

Malah, tidak keterlaluan andai dikatakan impian juara treble itu untuk berada dalam kelompok lapan pasukan terbaik pada Piala Malaysia musim ini cukup mustahil.

Namun, tanpa mahu memikirkan masalah itu, skuad Kenari tetap meletakkan harapan dan mencari tuah untuk tidak tercicir dalam misi merebut piala berprestij itu.

Jurulatihnya, Mohd. Azraai Khor Abdullah mahu anaknya buahnya terus berjuang kerana saingan masih berbaki satu perlawanan iaitu menentang Pulau Pinang di tempat lawan esok.

Katanya, dia sedar laluan pasukannya adalah sukar kerana terpaksa bergantung kepada keputusan perlawanan lain daripada empat lagi kumpulan.

“Peluang Kedah untuk mara (suku akhir) perlu bergantung kepada keputusan perlawanan pasukan lain, namun dalam bola sepak macam-macam boleh berlaku. Kita masih mengharap,” katanya.

Kelmarin, Kedah mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Kelantan, iaitu pasukan yang sudah mengesahkan tempat ke suku akhir.

Jaringan kemenangan skuad Hijau Kuning dijaringkan Sabree Abu pada minit ke-45.

Menyentuh peluang Kedah menentang skuad Pulau Pinang, Azraai berkata, pasukannya mengharapkan kemenangan, namun sedar mereka bakal berdepan saingan sengit lebih-lebih lagi akan beraksi di tempat lawan.

“Saya harap barisan serangan dapat melakukan yang terbaik dengan membuat jaringan,” katanya.

Kedah perlu menang dengan jaringan besar bagi membolehkan mereka mengutip 10 mata sekali gus mara ke separuh akhir.

Lima pasukan sudah mengesahkan tempat ke suku akhir iaitu KL Plus, Negeri Sembilan, Johor FC, Selangor dan Kelantan manakala Terengganu pula hanya perlu seri untuk layak.

Dua tempat lagi bakal menjadi rebutan Perlis, Perak, KM Naza, Kedah dan Pulau Pinang selaku naib juara terbaik setiap kumpulan.

Empat Pasukan Dalam Debaran

Perlu nanti 90 minit berakhir untuk rebut dua tiket terakhir

SEANDAI pusingan terakhir peringkat kumpulan, Piala Malaysia, malam esok berlangsung secara dramatik seperti kelmarin, penyokong empat pasukan yang kini hangat merebut dua tiket terakhir, sudah pasti tidak dapat duduk diam sehingga wisel penamat ditiup.

Perlis, Perak, Kuala Muda Naza dan Kedah kini menantikan 90 minit untuk menentukan nasib, sama ada mereka akan mengiringi enam pasukan yang sudah mengesahkan tempat masing-masing, kelmarin.

Walaupun dilihat sudah berkubur, juara bertahan, Kedah kembali bernafas selepas meraih kemenangan 1-0 ke atas Kelantan, dibantu keputusan seri 1-1 Kuala Lumpur dan Perak yang bererti mereka masih berpeluang meraih slot naib juara terbaik.

Namun, impian itu sekadar angan-angan, melihatkan kemenangan Perlis dan Perak sudah cukup meninggalkan Hijau Kuning berputih mata sungguh pun jika meraih tiga mata penuh menentang Pulau Pinang.

Kemenangan buat Perlis dan Perak juga akan menghancurkan satu lagi pasukan berpangkalan di Kedah, KM Naza yang dibebani misi mengutip mata penuh menentang Selangor pada perlawanan terakhir di tempat sendiri.

KM Naza pasti mengharapkan Selangor tidak terlalu bersusah payah pada perlawanan itu nanti selepas mengesahkan tempat mereka.

Perlis pula akan bertandang ke KL Plus yang sudah satu kaki ke kelompok lapan terakhir, disertai ingatan kekalahan 1-2 kepada lawan sama sebelumnya. Perak pula melayan Johor FC yang hanya perlu mengelak kalah untuk sah turut ke peringkat sama.

Bagi ketua jurulatih Perlis, Irfan Bakti Abu Salim, dia tetap optimistik Singa Utara bakal muncul antara lapan pasukan di suku akhir piala paling berprestij itu.

Kekalahan lalu tidak sesekali melemahkan semangat dan komitmen anak buahnya untuk terus memburu mata.

N.Sembilan Jadi Tarikan

HAIRUDDIN membantu T-Team muncul naib
juara Liga Perdana
musim ini.



KETUA pasukan T-Team, Hairuddin Omar akan menyarung jersi Negeri Sembilan pada saingan Piala Malaysia 2009.

Hairuddin yang bakal menyambut hari jadi ke-30 pada 29 September depan berkata, dia memilih Negeri Sembilan kerana berasakan pasukan itu cukup mantap dan mampu memberi saingan.

“Lagipun Negeri Sembilan merupakan pasukan terawal yang menghubungi saya dan menyatakan minat untuk mengambil saya sebagai pemain pinjaman.

“Saya hargai minat mereka dan atas sebab itu saya memilih Negeri Sembilan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Selepas berjaya membawa T-Team muncul naib juara Liga Perdana musim ini, nama Hairuddin begitu laris malah telah dikaitkan untuk menjadi pemain pinjaman dengan beberapa pasukan yang bersaing dalam Piala Malaysia antaranya Johor FC, Pahang dan juga Perlis.

Namun keputusannya untuk menyarung jersi Negeri Sembilan bakal menyaksikan Hairuddin berdepan pasukan lamanya, Terengganu dalam saingan Kumpulan B yang turut disertai Johor dan Sarawak.

“Mungkin kumpulan ini boleh dianggap kumpulan maut berbanding empat kumpulan yang lain. Tapi saya yakin Negeri Sembilan boleh,” katanya.

Jangan Tarik Diri

TAHNIAH Selangor di atas kejayaannya meraih tiga gelaran juara bola sepak, musim ini.

Namun, mampukah pasukan Merah Kuning dari Lembah Klang itu menyamai rekod cemerlang skuad Kedah yang berjaya merangkul empat piala, tahun lalu.

Piala keempat yang menjadi idaman Selangor ialah Piala Malaysia yang akan bermula selepas Hari Raya Puasa nanti. Undian akan berlangsung pada 15 Ogos ini dengan Selangor setakat ini sudah memenangi Piala Sumbangsih Sultan Ahmad Shah, Piala FA dan Liga Super.

Skuad Merah Kuning itu memperoleh hadiah RM500,000, disamping mengaut keuntungan hasil jualan tiket perlawanan akhir Piala FA.

Singa Utara yang muncul naib juara Liga Super hanya berpuas hati dengan membawa pulang RM300,000. Seperkara menarik dengan Kedah adalah barisan bergelar Hijau Kuning itu bermula hambar tetapi berjaya bangkit di penghujung pertandingan untuk merebut tempat ketiga dan hadiah RM200,000. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan dari utara ini.

Kepada skuad Harimau Muda yang muncul juara Liga Perdana tahniah juga diucapkan kerana ini adalah pertama kali pemain muda bimbingan jurulatih kebangsaan K Rajagobal.

Apapun, yang penting adalah kemampuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyediakan hadiah dan menganjurkan pertandingan, sekali pun dihimpit dengan kelembapan ekonomi dunia.

Saya masih ingat Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah memberi nasihat kepada semua pasukan supaya berjimat dan bersedia melalui zaman yang serba mencabar ini. Harap pada hari pengundian, Sabtu ini tiada lagi penarikan diri pasukan kerana ia hanya menyulitkan persiapan dan menjejaskan rentak pertandingan.

20 Pasukan Wakil Piala Malaysia

SELEPAS dua musim Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menampilkan ‘format ganjil’ tiga kumpulan bagi saingan Piala Malaysia, musim ini kejohanan tersebut akan dijalan- kan dengan format baru iaitu lima kumpulan.

Bagi musim 2006/07 dan 2007/08, saingan Piala Malaysia melibatkan 18 pasukan (14 pasukan negeri, PDRM, ATM dan dua kelab terbaik) yang dibahagikan kepada tiga kumpulan, sesuatu yang pelik dan mungkin tidak pernah dilakukan dalam mana-mana liga seluruh dunia.

Ini kerana, sepanjang beberapa musim sebelum itu, Piala Malaysia secara berteru- san telah dijalankan secara konsisten dengan penyertaan 16 pasukan terbaik yang dibahagikan kepada empat kumpulan.

Namun bagi musim 2009 ini, saingan Piala Malaysia yang akan bermula pada 26 September depan bakal melibatkan 20 pasukan yang dibahagikan kepada lima kumpulan.

“Dua puluh pasukan telah ditetapkan terdiri daripada 14 pasukan negeri, PDRM dan ATM serta empat kelab terbaik iaitu Johor FC, UPB-MyTeam, KM Naza dan KL Plus.

“Daripada 14 pasukan negeri itu, sembilan beraksi dalam Liga Super manakala lima lagi dalam Liga Perdana,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Che Mat Jusoh kepada Kosmo! semalam.

Setiap kumpulan itu akan dianggotai empat pasukan dan mereka akan beraksi enam perlawanan timbal-balik iaitu pada 26 September, 29 September, 3 Oktober, 6 Oktober, 10 Oktober dan 13 Oktober.

Lima pasukan yang muncul juara kumpulan masing-masing akan layak secara auto- matik ke suku akhir.

Tiga lagi slot ke suku akhir akan diisi oleh tiga pasukan terbaik daripada lima pasukan yang muncul naib juara setiap kumpulan tersebut.

Saingan suku akhir akan berlangsung pada 20 dan 24 Oktober, sementara saingan sepa- ruh akhir pada 27 dan 31 Oktober.

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 pula dijadualkan berlangsung pada 21 November depan iaitu selepas skuad kebangsaan menghadapi dua perlawanan kelayakan Piala Asia 2011 bertemu Uzbekistan pada 14 dan 18 November.

Ditanya tentang ura-ura beberapa pasukan yang menghadapi masalah kewangan seperti Perlis dan UPB-MyTeam yang berhasrat tidak menyertai Piala Malaysia musim ini, Che Mat berkata, buat masa ini pihaknya belum menerima apa-apa permohonan rasmi.

“Setakat ini kita hanya dengar mereka kata demikian dalam akhbar saja. Tetapi secara rasmi, belum ada lagi permohonan diterima. Kita lihatlah apa perkembangannya nanti,” katanya yang juga merupakan Naib Presiden FAM.

Sementara itu, berhubung titah Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah pada Kongres persatuan itu Ahad lalu yang mahu saingan Liga Malaysia musim depan dirombak semula, Che Mat berkata, jawatankuasanya akan mula membincangkan perkara tersebut pada mesyuarat esok.

“Mesyuarat pertama ini melibatkan ahli- ahli dalam jawatankuasa ini sahaja. Kita akan membuat rangka kerja bagi mendapatkan maklumat lengkap untuk menilai perkara ini.

“Selepas ini, kita akan panggil pula semua pihak yang terlibat untuk bertukar panda- ngan masing-masing.

“Dalam tempoh tiga bulan yang ditetapkan itu, kami akan buat satu keputusan yang terbaik untuk semua,” katanya.

Ticket Hotline